LIMA negeri akan mula beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai Isnin ini.
Negeri-negeri tersebut adalah Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah.
Perkara itu diumumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam kenyataan hari ini.
Menurut Hishammuddin, keputusan berkenaan dicapai dalam Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 yang bermesyuarat hari ini.
“Mengambil kira penilaian risiko semasa yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 hari ini bersetuju untuk peralihan fasa PPN bagi negeri-negeri berkenaan berkuat kuasa 8 November.
“Prosedur operasi standard (SOP) bagi negeri-negeri yang memasuki Fasa 4 adalah sama dengan sebelum ini.
“Keterangan SOP terkini akan dikemaskini oleh MKN di laman sesawang rasmi www.mkn.gov.my,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Peralihan fasa bagi lima negeri itu bermakna hanya Kelantan dan Sarawak sahaja berada dalam Fasa 3 PPN manakala semua negeri serta wilayah lain telah pun berada dalam Fasa 4.

Baca artikel berkaitan: Johor, Terengganu beralih ke Fasa 4 PPN mulai Isnin – Ismail Sabri
Sementara itu, Hishammuddin memaklumkan, kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah yang belum atau tidak lengkap vaksin masih tidak dibenarkan memasuki stadium.
Pada masa sama, kata beliau, kanak-kanak berusia di bawah 18 tahun yang belum atau tidak lengkap vaksin tidak dibenarkan memasuki semua fasiliti sukan.
“Individu lengkap vaksin bagi semua peringkat umur dibenarkan memasuki stadium termasuk semua fasiliti sukan dan syarat ini dimasukkan dalam SOP.
“Kebenaran ini berkuat kausa pada 8 November 2021.
“Pada masa ini, aktiviti makan dan minum dalam stadium adalah tidak dibenarkan,” jelas beliau.
Hishammuddin turut menyeru agar semua kelonggaran-kelonggaran yang diberikan dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat dengan penuh disiplin dan rasa tanggungjawab.
“Pakai pelitup muka, amalkan penjarakan fizikal serta sentiasa menjaga kebersihan diri.
“Paling penting, dalam membantu usaha kerajaan #ReopeningSafely, semua pihak amat digalakkan untuk mengamalkan TRIIS dengan sebaik mungkin iaitu ‘Test, Report, Isolate, Inform dan Seek’ demi keselamatan diri, ahli keluarga dan orang sekeliling,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

