PIHAK polis Indonesia yang menjalankan siasatan susulan kemalangan membabitkan selebriti Vanessa Angel mengesahkan pemandunya, Tubagus Muhammad Joddy menggunakan telefon bimbit ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan maut itu.
Berdasarkan keterangan yang diambil, polis telah memeriksa telefon bimbit dan bukti lain yang menyebabkan kemalangan maut berkenaan.
“Semua kemungkinan boleh terjadi. Sama ada dia disabitkan tertuduh atau tidak, kita akan lihat perkembangan hasil penyelidikan itu nanti.
“Kes masih dalam siasatan jadi kami tidak boleh beritahu keputsannya. Selain itu, keadaan dia yang masih cedera belum membolehkan kami bertanya lebih lanjut,” katanya.
Sebelum ini, pemandu Allahyarham Vanessa teruk dihentam kerana cuai dan menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu selain sempat memuat naik Instastory beberapa jam sebelum kemalangan berlaku.
Menerusi video di entri Instastory itu, Joddy berkongsi kepada dirinya sedang memandu dengan kelajuan lebih 100 kilometer (KM) per jam menuju ke Surabaya.
Tidak lama kemudian, kenderaan tersebut mengalami kemalangan di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur pad 4 November lalu.
Jenazah mereka dikebumikan dalam satu liang lahad di TPU Islam Taman Malaka Kecamatan Pesanggrahan, Jakarta Selatan, pada Jumaat.
Vanessa dan Febri meninggalkan satu-satunya anak mereka iaitu Gala Sky Adriansyah yang berusia setahun.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

