Anugerah MAMA 2021 disiarkan secara langsung selama tujuh jam esok!

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PEMINAT muzik K-Pop di Malaysia bertuah tahun ini apabila berpeluang untuk menyaksikan siaran langsung Anugerah Muzik Asia Mnet 2021 (MAMA 2021) secara penstriman definisi tinggi (HD) menerusi tonton, pada pukul 3 petang esok (Sabtu).

Menurut Ketua Pegawai Operasi tonton, Amir Rasyidi Johari, pihaknya berasa teruja kerana dapat menyiarkan MAMA 2021 secara strim langsung di tonton.

“Kita tahu peminat K-Pop semenangnya begitu ramai melibatkan seluruh dunia dan mereka ingin tahu platform mana yang menyiarkan acara berprestij ini secara langsung.

“Lebih menarik, tonton akan menyiarkan MAMA 2021 secara langsung di Malaysia selama tujuh jam berterusan bermula dari acara karpet merah pada pukul 3.00 petang sehinggalah selesai anugerah iaitu 10.00 malam dan boleh juga saksikan menerusi ‘catch up’ di tonton CINEMA pada keesokan hari,” katanya.

Penonton hanya perlu klik laman sesawang www.tonton.com.my/2021MAMA untuk melihat artis K-Pop kesayangan mereka.

Acara tersebut bakal menampilkan penyanyi dan pelakon Lee Hyori sebagai pengacara utama.

Sementara itu, bersempena dengan siaran berprestij MAMA 2021 pada hujung minggu ini, tonton CINEMA menawarkan promosi istimewa iaitu langgan satu filem terpilih dan percuma satu lagi filem di tonton CINEMA.

Antaranya, Dendam Penunggu, Shark: The Beginning, Miracle: Letters to the President dan banyak lagi. Untuk keterangan lebih lanjut, sila layari www.tonton.com.my .


Jadikan UtusanTV โ€˜shortcutโ€™ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โ€˜Add to Homescreenโ€™

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV โ€˜shortcutโ€™ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layariย utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โ€˜Add to Homescreenโ€™

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami diย TikTok,ย Facebook,ย Twitter,ย Instagramย &ย Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This