Haiza & keluarga selesai kuarantin kendiri selepas positif Covid-19

Dari Penulis

PENYANYI dan penyampai radio, Haiza berkongsi keadaan dirinya yang kini sudah selesai menjalani kuarantin kendiri selepas positif Covid-19.

Selain Haiza, suami serta anak lelakinya turut dijangkiti wabak maut berkenaan.

Berkongsi pengalaman yang dianggap menakutkan itu, penyanyi Dag Dig Dug ini mengalami kesukaran bernafas selain turut demam.

“Covid-19 itu sangat dekat. Ada saja dekat keliling kita. Bila dah kena baharu tahu macam mana.

“Demam dan dada jadi sempit…susah sedikit nak bernafas. Tapi alhamdulillah, ikhtiar kita dah ada vaksin. Lengkap cuma belum booster (penggalak).

“Suami, saya dan Iman (anak) dapat lalui dengan baik. Terima kasih kepada yang banyak membantu. Anda tahu siapa anda, moga Allah sentiasa melindungi anda,” tulisnya dalam Instagram.

Sementara itu, Haiza memberitahu, Covid-19 masih mempunyai potensi untuk dijangkiti biarpun sudah lengkap dos vaksin.

“Memang benar, kalau dah vaksin pun boleh kena. Kalau tak vaksin apatah lagi. Risikonya lebih tinggi.

“Ubat dan makanan sunnah itu juga ikhtiar, maka seimbangkan. Allah Maha penyembuh dan wajib untuk kita melindungi diri dan orang sekeliling. Jadilah manusia yang bertanggungjawab,” katanya lagi.

Menerusi pemerhatian URTV di ruangan komen, pengikut Haiza bersyukur dan gembira apabila dia sudah kembali sihat serta boleh menjalani aktiviti harian seperti biasa.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This