10,089 kes baharu COVID-19, tertinggi sejak 2 Oktober

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

JANGKITAN harian COVID-19 terus meningkat apabila kembali mencatatkan paras tertinggi melebihi 10,000 kes.

Gelombang varian Omicron makin dirasai dengan 10,089 kes baharu dilaporkan hari ini.

Jumlah tersebut merupakan kadar tertinggi direkodkan sejak 2 Oktober lalu.

Sebanyak 10,915 jangkitan telah dilaporkan pada 2 Oktober tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kadar yang dilaporkan hari ini sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 telah mencecah 2.914 juta.

“Pada 6 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 10,089 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,914,220 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

“Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya dalam media sosial.

Baca artikel berkaitan: 9,117 kes baharu, jangkitan dijangka terus melonjak

Menurut Dr. Noor Hisham, Selangor merekodkan penularan tertinggi hari ini mencecah 2,549 kes.

Ia diikuti 1,582 jangkitan di Johor dan 1,285 di Sabah.

“Sebanyak 904 kes telah dikesan di Kedah; 624 jangkitan di Pahang dan 542 penularan dilaporkan di Pulau Pinang.

“Kuala Lumpur pula melaporkan sebanyak 491 jangkitan diikuti 471 di Kelantan; 464 di Negeri Sembilan dan 457 di Melaka,” katanya.

Sementara itu, 321 jangkitan dikesan di Perak manakala 213 dilaporkan di Terengganu.

Empat negeri dan wilayah lain pula melaporkan dua digit kes dengan Putrajaya (61 kes); Sarawak (58 kes); Perlis (44 kes) dan Labuan sebanyak 23 kes.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This