JANGKITAN COVID-19 kembali menunjukkan penurunan di bawah paras 30,000 selepas merekodkan 27,299 kes semalam.
Penurunan ketara itu dicatatkan selepas tiga hari berturut-turut kes harian melepasi angka 30,000.
Sebagai rekod, Malaysia mencatatkan rekod tertinggi penularan COVID-19 pada hari Khamis lalu iaitu sebanyak 32,070 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes baharu yang direkodkan semalam itu sekali gus menjadikan kadar keseluruhan kes penularan telah pun mencecah 3.395 juta.
Bagaimanapun, Dr. Noor Hisham memaklumkan, hanya 129 daripada keseluruhan 27,299 jangkitan yang dilaporkan semalam berada dalam kategori 3 hingga 5.
Menurut beliau, kadar 129 kes atau hanya 0.47 peratus itu merangkumi 62 kes dalam kategori 3; 33 merupakn kategori 4 dan 34 adalah kategori 5.
“Daripada 129 kes itu, 32 dikesan tidak divaksinasi atau belum divaksinasi; 71 kes telah lengkap dua dos tetapi belum menerima dos penggalak dan 26 kes telah menerima dos penggalak.
Baca artikel berkaitan: Kes baharu COVID-19 turun kepada 30,644 jangkitan
“65 kes pula merupakan individu berumur 60 tahun ke atas, 35 lagi mempunyai komorbiditi dan satu kes ibu mengandung,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Dr. Noor Hisham memaklumkan, sebanyak 1,624 kes COVID-19 yang dilaporkan semalam telah dimasukkan ke hospital.
Daripada jumlah berkenaan, kata beliau, 1,026 terdiri daripada kategori 1 dan 2 manakala 598 lagi dalam kategori 3 hingga 5.
Beliau berkata, sebanyak 22,710 kes dikesan telah sembuh semalam.
“Sebanyak 348 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 153 disahkan COVID-19 manakala 195 lagi disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan.
“203 kes pula memerlukan bantuan pernafasan dengan 91 telah disahkan kes COVID-19,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

