16 bekas tentera mula bertugas sebagai warden MRSM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SERAMAI 16 orang bekas tentera telah mula melaporkan diri sebagai warden Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mulai Isnin lalu.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan, kesemua 16 orang warden lelaki itu telah menjalani sesi taklimat dan pengenalan MRSM bersama pihak pengurusan.

Menurut beliau, seramai 16 lagi warden wanita daripada kalangan bekas tentera akan melaporkan diri mulai minggu hadapan.

“Mereka diwajibkan menghadiri sesi orientasi dan pengenalan maktab yang dikendalikan oleh pengetua-pengetua MRSM yang terlibat.

“Sesi ini bertujuan memberikan pendedahan awal berkaitan struktur pengurusan maktab, peraturan serta peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh para warden,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, setiap MRSM yang terlibat diperuntukkan empat warden sepenuh masa iaitu melibatkan dua lelaki dan dua wanita.

Buat masa ini, katanya, sebanyak 10 MRSM yang terlibat MRSM Besut, Balik Pulau, Muadzam Shah Rompin, Sultan Azlan Shah, Serting, Kubang Pasu, Jeli, Parit, Kuala Berang dan Muar.

Beliau memberitahu, inisiatif itu akan diperluaskan ke semua 58 MRSM di seluruh negara bermula 1 Januari 2027.

“Diharapkan mereka dapat melaksanakan amanah yang diberikan dengan penuh dedikasi serta membantu pihak maktab dalam memastikan kebajikan, keselamatan dan disiplin pelajar sentiasa terpelihara.

“Moga-moga hasrat kita untuk menyaksikan MRSM bebas dan sifar buli akan menjadi kenyataan,” jelas beliau.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

SKDS diperluas kepada jip, pikap syarikat mulai 15 Julai

KERAJAAN memperluaskan kelayakan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) kepada kenderaan persendirian syarikat kategori jip dan pikap, sekali gus membolehkan...

More Articles Like This