RATUSAN penduduk menyerbu Balai Polis Sumenep, Jawa Timur semalam, bagi membantah tindakan lima anggota polis yang menembak mati seorang lelaki bernama Herman dalam satu kejadian pada Ahad lalu.
Memetik laporan Detik.com, orang ramai mula berarak ke balai itu sekitar pukul 11 pagi dengan membawa kain rentang dan sepanduk bagi menuntut keadilan.
Mereka menuntut supaya polis melakukan siasatan ke atas lima anggota badan beruniform itu, mendakwa kejadian tersebut merupakan satu tindakan kejam.
“Tangkap pembunuh Herman,” teriak salah seorang penduduk yang mahukan polis terbabit dibawa ke muka pengadilan.
Wakil penduduk yang dikenali sebagai Robi mengatakan, kelima-lima anggota polis yang menembak mati Herman telah melanggar beberapa prosedur yang sepatutnya dipatuhi anggota terbabit.
“Lima anggota polis itu telah melanggar prosedur operasi standard yang sepatutnya digunakan dalam menegakkan keadilan,” katanya.
Baca artikel berkaitan: Lelaki mati ditembak polis selepas enggan serah diri

Ahad lalu, Herman ditembak selepas didakwa cuba menyamun seorang wanita di Jalan Adirasa, Sumenep, selepas enggan menyerah diri apabila diarahkan pihak polis.
Lelaki itu dilihat terus berjalan sambil memegang sebilah pisau sabit sebelum ditembak kerana keengganannya untuk menyerah diri.
Berdas-das tembakan kedengaran dilepaskan anggota terbabit malah bunyi tembakan masih kedengaran walaupun lelaki itu sudah rebah ke bumi.
Herman disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Sementara itu, memetik laporan koranmadura.com, ahli keluarga serta jiran menyangkal dakwaan bahawa Herman adalah seorang penjenayah.
Mereka meluahkan rasa kesal selepas anggota polis masih melepaskan tembakan ke arah Herman meskipun sudah tersungkur jatuh seperti yang tular di dalam video tersebut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

