Pelajar perempuan Tingkatan Empat maut terjatuh bangunan sekolah di Sendayan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG pelajar perempuan Tingkatan Empat maut selepas dipercayai terjatuh dari bangunan sebuah sekolah menengah di Sendayan, Seremban, hari ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad memaklumkan, Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban telah menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 10.48 pagi tadi.

Menurut beliau, pelajar perempuan Tingkatan Empat itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan sebuah sekolah menengah di daerah Seremban.

Bertindak atas maklumat yang diterima, Alzafny berkata, sepasukan pegawai dan anggota polis telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan serta tindakan lanjut.

“Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di kawasan bangunan sekolah berkenaan.

“Pihak polis telah menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian serta mengenal pasti beberapa individu yang dapat membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Alzafny berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Rembau bagi tujuan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Beliau menjelaskan, pihaknya sedang meneruskan siasatan termasuk mendapatkan keterangan saksi-saksi serta laporan bedah siasat bagi melengkapkan siasatan kes secara menyeluruh.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak disahkan yang boleh mengganggu siasatan polis.

“Sesiapa yang ada maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Seremban atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Video AI didakwa fitnah, Fadhlina buat laporan polis

KETUA Wanita PKR, Fadhlina Sidek membuat laporan polis susulan penyebaran video menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang didakwa berniat...

More Articles Like This