SEORANG ibu di Brebes, Jawa Tengah, mengelar tiga anaknya dalam satu kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi tadi menyebabkan seorang maut, manakala dua lagi parah.
Memetik laporan Detik.com, mangsa yang maut berusia tujuh tahun ditemui dengan kesan kelar pada bahagian leher.
Dua yang parah masing-masing berusia 10 dan lima tahun ditemui dengan kesan luka pada tubuh badan.
Ketua Siasatan Jenayah Polis Brebes, Asisten Komisioner Syuaib Abdullah berkata, wanita itu telah ditahan polis, dan siasatan kini tertumpu kepada motif kejadian tersebut.
“Suspek sudah ditahan dan masih dalam proses siasatan,” kata Syuaib.
Baca artikel berkaitan: Lelaki mati ditembak polis selepas enggan serah diri
Sementara itu, menurut Ketua Polis Tonjong, Asisten Komisioner M. Yusuf, kejadian disedari oleh ibu saudara suspek bernama Hamidah.
Katanya, Hamidah terdengar jeritan dari dalam bilik yang diduduki suspek bersama tiga anaknya.
“Wanita itu kemudiannya cuba membuka pintu bilik tidur, tetapi ia dikunci dari dalam sebelum bertindak menjerit minta tolong,” katanya.
Tidak lama kemudian, seorang penduduk bernama Iwan datang membantu dengan cuba membuka pintu secara paksa.
“Apabila pintu dibuka, kanak-kanak berusia tujuh tahun meninggal dunia dengan kesan luka di lehernya,” kata Yusuf.
Dua lagi mangsa turut mengalami kecederaan pada leher mereka dan dikejarkan ke Hospital Besar Siti Aminah Bumiayu untuk rawatan.
Menurut jiran mangsa, suspek merupakan seorang yang pendiam dan jarang bergaul dengan penduduk.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

