Mahkamah Singapura tolak rayuan warga Malaysia

Dari Penulis

Mahkamah Rayuan Singapura menolak rayuan warganegara Malaysia Nagaenthran K. Dharmalingam berhubung hukuman mati yang dihadapinya.

Mahkamah membacakan keputusannya pada Selasa selepas mengekalkan penghakiman perbicaraan Nagaentran yang diadakan pada 1 Mac.

Peguam M. Ravi menerusi hantaran di Facebooknya memaklumkan bahawa “Mahkamah @menganggap rayuan itu sebagai menyalahi proses dan undang-undang antarabangsa tidak terpakai.”

“Nagaenthran yang merupakan orang kurang upaya (OKU) mental akan dihukum gantung mungkin dalam beberapa hari akan datang,” menurut Ravi.

Ravi memberi bantuan teknikal kepada peguam Nagaentran, Violet Netto.

Perbicaraan hari ini berlangsung di hadapan panel hakim lima orang terdiri daripada Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon, Hakim Andrew Phang, Judith Prakash, Belinda Ang dan Chao Hick Tin.

Selain rayuan itu, peguamnya Violet Netto, turut memohon mahkamah menggunakan kuasanya bagi membolehkan Nagaenthran menjalani penilaian pakar psikiatri.

Nagaenthran yang berasal dari Perak dijatuhkan hukuman mati pada 2010 selepas disabitkan kesalahan mengedar 42.72 gram dadah jenis heroin pada 2009 di Singapura yang diketahui antara negara yang mempunyai undang-undang narkotik paling tegas di dunia.

Kes Nagaenthran telah menarik perhatian antarabangsa.

Pada 7 Nov 2021, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan telah mengutus surat kepada rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong memohon kelonggaran berhubung kes ini.

Baca: Presiden Singapura beri penangguhan hukuman gantung rakyat Malaysia

Sementara itu pada 3 Dis lepas, Presiden Singapura Halimah Yacob berkata Nagaenthran telah melalui segala proses mengikut undang-undang.

Peguam Nagaenthran mendakwa anak guamnya kurang upaya daripada segi intelek.

Nagaenthran dijadualkan menjalani hukuman gantung pada 10 Nov 2021 tetapi mendapat perintah penangguhan sementara pada 9 Nov selepas mahkamah dimaklumkan dia didapati positif COVID-19 ketika hadir untuk mengemukakan rayuan terakhirnya. 

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saya akan pilih orang yang boleh bantu rakyat Malaysia, kata Michael Ang

PENERBIT dan pengarah terkenal, Michael Ang menegaskan beliau akan memilih individu yang mampu membantu rakyat Malaysia. Penegasan itu dinyatakan Michael menerusi...

More Articles Like This