ANGGOTA kumpulan The Wanted, Tom Parker, 33, meninggal dunia akibat barah otak, semalam.
Isterinya, Kelsey Hardwick mengesahkan berita duka itu menerusi Instagram.
“Hati kami hancur… Tom adalah dunia kami. Kami tak dapat bayangkan hidup tanpa senyuman manis dan penampilan bertenaganya.
“Kami sangat berterima kasih atas kasih sayang dan sokongan tak terhingga dan memohon kita semua bersatu memastikan cahaya Tom terus bersinar demi anak-anaknya.
“Terima kasih semua yang menyokong dan ambil berat mengenainya. Dia berjuang kuat sehingga ke akhir hayatnya. Saya selamanya bangga dengan kamu,” katanya.
Parker dan Hadwick berkahwin pada 2018 dan dikurniakan dua cahaya mata, Aurelia,2, dan Bodhi yang kini berusia setahun.
Sekitar Oktober 2020, Parker mengumumkan dia sedang bertarung dengan penyakit barah otak.
Namun pada awal Januari 2021, Parker ada berkongsi mengenai perkembangan kesihatannya yang ketumubuhan di otaknya sudah mengecil.
Anggota lain The Wanted iaitu Max George, Siva Kaneswaran, Nathan Sykes dan Jay McGuiness turut merasai pemergian Parker itu.
Kumpulan terbabit ditubuhkan pada 2009 dan popular dengan lagu Glad You Came dan All Time Low. Mereka juga pernah mengadakan konsert di Malaysia bagi menghiburkan peminatnya di sini.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

