PASANGAN selebriti popular Korea Selatan, Hyun Bin dan Son Ye-Jin kini bergelar suami isteri dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup, harin ini.
Ingin berkongsi momen bahagia itu bersama peminat, agensi Hyun Bin iaitu VAST Entertainment telah berkongsi dua keping foto perkahwinan pasangan itu.
“Diharapkan anda semua memahami bahawa majlis perkahwinan ini diadakan secara tertutup dengan mengambil kira keadaan semasa dengan Covid-19.
ARTIKEL BERKAITAN : Tahniah! Hyun Bin, Son Ye Jin umum kahwin Mac ini!
“Kami akan berkongsi berita mengenai pasangan ini menerusi foto perkahwinan mereka.
“Kami merakamkan terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada mereka sebagai permulaan hidup baharu,” ujar agensi itu dalam satu kenyataan.
Pasangan ini memilih Aston House, Seoul Walker Hill Hotel sebagai lokasi perkahwinan mereka.
Hyun Bin dan Ye-Jin yang membintangi filem The Negotiation serta drama Crash Landing On You mengesahkan mereka sedang menjalinkan hubungan cinta pada 1 Januari 2021.
Febuari lalu, pasangan ini mengumumkan bakal berkahwin pada bulan Mac tahun ini.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

