Bukan mudah kan nak ajar anak-anak kecil berpuasa? Pantang nampak minuman, asyik merayu mahu berbuka. Waktu puasa inilah perutnya meronta-ronta mahu di isi. Kalau bulan lain, dipaksa makan sampai ke sudah tak mahu.
Resipi pati kurma perkongsian Fa Phong ini cukup sesuai diminum waktu sahur untuk bekalkan tenaga sepanjang hari. Dan bagaimana nak pastikan anak-anak dapat bertahan sehingga tiba Azan Maghrib? Padankan pati kurma dengan satu cawan susu waktu si kecil bersahur. Lihat hasilnya nanti.
“Nak share resepi pati kurma sesuai untuk minum masa sahur, gerenti bertenaga esoknya❤️

- 1 kotak kurma, pilih yang jenis lembut (saya beli kurma rotab memang lembut biji pun kecil je)
- Asingkan biji kurma amek isi je
- Kukus 20 minit
- Blend/ food processor sampai jadi pes ( saya tak campur air – tips nak paste kurma tahan lama)
- Masuk dalam botol, nak simpan peti ais.
- Bila nak, campurkan 1 cawan susu + 1 sudu pati kurma. Menu sahur 5 minit siap.
Menu ini sesuai untuk yang tua yang muda haha anak-anak yang baru nak belajar puasa pun sesuai sangat bagi minum air susu kurma ni.”

Sumber : Fa Phong

