Lebih 14,900 penerima di enam negara nikmati manfaat Program Ihsan Korban

Dari Penulis

Semangat pengorbanan Aidiladha terus diterjemahkan melalui misi kemanusiaan apabila Pertubuhan Ihsanku Malaysia (Ihsanku) berjaya menyantuni lebih 14,900 penerima di enam negara menerusi Program Ihsan Korban yang berlangsung sepanjang 10 hingga 13 Zulhijjah 1447H.

Program itu dilaksanakan di Malaysia, Selatan Thailand, Zimbabwe, Indonesia, Kemboja dan Malawi, membuktikan bahawa sumbangan rakyat Malaysia mampu membawa sinar harapan kepada komuniti yang memerlukan tanpa mengira sempadan negara.

Tahun ini, selain melaksanakan ibadah korban dan akikah, Ihsanku turut mengagihkan bantuan Fidyah serta Kantung Ihsan Korban kepada golongan asnaf dan komuniti memerlukan di beberapa lokasi terpilih.

Malaysia, Selatan Thailand, Zimbabwe

Pelaksanaan korban dan akikah dijalankan secara langsung di Malaysia, Selatan Thailand, Zimbabwe dan Malawi, dengan 10,680 penerima menerima manfaat daripada agihan daging korban.

Pada masa sama, bantuan Fidyah dan Kantung Ihsan Korban turut disalurkan di keenam-enam negara terbabit, memberi manfaat kepada 4,250 penerima lagi.

Secara keseluruhan, lebih 14,900 penerima menerima manfaat daripada pelbagai bentuk bantuan yang disalurkan, sekali gus mencerminkan semangat kebersamaan umat Islam dalam membantu golongan yang memerlukan.

Bukan sekadar memenuhi tuntutan ibadah

Ketua Pegawai Eksekutif Ihsanku, Muhammad Syariffuddin Supeni, berkata Program Ihsan Korban bukan sekadar memenuhi tuntutan ibadah, malah menjadi platform menyampaikan kasih sayang dan keprihatinan kepada masyarakat yang memerlukan.

“Ihsan Korban bukan sekadar berkongsi daging korban, akan tetapi penyantunan yang berterusan kepada golongan yang memerlukan adalah bukti bahawa kita prihatin,” katanya.

Beliau berkata, sokongan rakyat Malaysia yang menyertai program korban dan akikah anjuran Ihsanku membolehkan manfaat Aidiladha disampaikan kepada lebih ramai penerima, termasuk komuniti yang tinggal jauh daripada perhatian umum.

Antara keistimewaan Program Ihsan Korban tahun ini ialah peluasan agihan ke negara-negara Afrika seperti Zimbabwe dan Malawi, di samping meneruskan bantuan kepada masyarakat di rantau Asia Tenggara termasuk Selatan Thailand, Indonesia dan Kemboja.

Masyarakat Melayu-Muslim berdepan cabaran ekonomi

Di Selatan Thailand, bantuan korban memberi manfaat kepada masyarakat Melayu-Muslim yang berdepan cabaran ekonomi, manakala di Indonesia dan Kemboja, agihan Fidyah serta Kantung Ihsan Korban mengukuhkan semangat persaudaraan antara rakyat Malaysia dengan komuniti Islam serantau.

Sementara itu, pelaksanaan program di Zimbabwe dan Malawi membuktikan komitmen Ihsanku membawa amanah peserta korban ke kawasan pedalaman Afrika, sekali gus memastikan manfaat ibadah itu turut dirasai oleh komuniti asnaf dan keluarga yang memerlukan.

Bagi Ihsanku, Program Ihsan Korban bukan sekadar inisiatif bermusim sempena Aidiladha, sebaliknya sebahagian daripada agenda kemanusiaan jangka panjang bagi memastikan bantuan disampaikan secara konsisten dan bersasar kepada golongan rentan.


Ditubuhkan pada 6 Februari 2023, Pertubuhan Ihsanku Malaysia memberi tumpuan kepada empat teras utama iaitu Zero Hunger, Accessibility, Uplift Education dan Community Development.

Sejak penubuhannya, Ihsanku komited melaksanakan pelbagai inisiatif kebajikan untuk golongan asnaf dan komuniti memerlukan di Malaysia serta di peringkat antarabangsa.

Program Ihsan Korban tahun ini sekali lagi membuktikan bahawa keprihatinan rakyat Malaysia mampu menjadi rahmat dan membawa kegembiraan kepada masyarakat di pelbagai pelusuk dunia.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Evotooth Platinum Sdn Bhd diiktiraf The Asia Records atas tiga inovasi kesihatan mulut pertama di dunia

The Asia Records dengan bangganya mengiktiraf Dr Martin Ong dan Evotooth Platinum Sdn Bhd atas pencapaian tiga mercu tanda...

More Articles Like This