Ismail Sabri berbuka puasa bersama penjawat awam

Dari Penulis

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadiri majlis berbuka puasa bersama lebih 700 penjawat awam di Laman Sari, Seri Perdana Putrajaya.

Program berbuka puasa itu merupakan yang pertama diadakan di Seri Perdana sejak beliau menjawat jawatan Perdana Menteri pada 20 Ogos 2021 dan turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Syafiq Abdullah.

Majlis itu turut dihadiri 51 anak yatim dari Rumah Amal Baitul Barokah Wal Mahabbah, Sepang, Selangor.

Pada majlis itu, Ismail Sabri beramah mesra dengan penjawat awam dan anak yatim yang hadir.

Selepas berbuka puasa, beliau menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjemaah.

Seri Perdana, yang dibina pada 1997, merupakan kediaman rasmi Perdana Menteri.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This