Jerat tidak lupakan pelanduk, PDRM selesai kes rogol 12 tahun lalu

Dari Penulis

BENARLAH peribahasa pelanduk melupakan jerat, tetapi jerat tidak melupakan pelanduk.

Ia menggambarkan kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berjaya memberkas seorang lelaki berhubung kes rogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di Balik Pulau, Pulau Pinang 12 tahun lalu.

Kejayaan itu hasil siasatan saintifik yang menggunakan data asid deoksiribonukleik (DNA).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, kes itu berjaya diselesaikan susulan penahanan suspek berusia 40 tahun di sebuah ladang ternakan kambing di Balik Pulau pada pukul 3.30 petang, semalam.

Menurutnya, susulan siasatan saintifik itu, identiti suspek dalam kes itu berjaya dikenalpasti.

“Sehubungan itu, satu operasi dilancarkan serta-merta untuk mengesan suspek dan dia berjaya ditangkap,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Abd Jalil memberitahu, suspek ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya, Pulau Pinang selama enam hari bermula hari ini.

Katanya, suspek direman hingga 13 April bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“PDRM tidak pernah berputus asa dalam usaha mendapatkan maklumat perkembangan kes sehinggalah berjaya mengenal pasti suspek yang terlibat untuk dibawa ke muka pengadilan.

“PDRM sedang melengkapkan siasatan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak Pejabat Pendakwa Raya untuk arahan pertuduhan,” tambah beliau


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This