Ini cara cuci kurma bagi kekalkan kesegaran dan tetap juicy. Barulah bersih sebelum makan

Dari Penulis

Setiap kali tiba Ramadan, kurma antara hidangan wajib berbuka. Namun sebelum menjamahnya, apa kata periksa dahulu tahap kebersihan kurma yang dibeli.

Buah kurma yang dipetik terus daripada pokok melalui proses yang panjang sebelum ia dipasarkan. Dan sebagai pengguna yang bijak, setiap apa yang dibeli mestilah dibersihkan dahulu sebelum dihidangkan.

Bagaimana nak bersihkan kurma yang dibeli?

Rashid Kocai menerusi perkongsiannya menyarankan kurma direndam terlebih dahulu dengan air garam dan dibilas dengan air bersih. Cara ini dapat mengekalkan kesegaran dan keenakan buah.

“Perlu ke basuh kurma sebelum makan?

Ok, ni ummi nak tunjuk kenapa kita WAJIB cuci kurma sebelum makan. Nampak tak, ada kesan pasir pada kurma?

Kalau beli, tak de kesan pasir, mungkin supplier tu dah bersihkan tapi bukan dengan cara basuh tau. Mereka hanya lap dengan kain basah. (Agak-agak bersih ke?)

Tak kisah lah awak beli kurma fresh, kurma sejuk beku atau kurma kering, tolong lah basuh dulu. Ajarkan juga mak ayah di kampung.

Kadang-kadang ada yang mengadu lepas makan kurma batuk, sakit perut dan macam-macam penyakit datang. Sampai ada yang serik nak makan kurma.

Mungkin ia baru bagi kita untuk cuci kurma, tapi supplier kurma pun sarankan pada ummi, cucilah kurma sebelum makan. Takkan terjejas rasa kurma kalau kita cuci. Cuma, seller tak boleh nak cuci kan untuk kita, bimbang nanti kurma rosak tak tahan lama.

So, kita lah kena cakna dengan kebersihan kurma sebelum kita nak makan. Ni ummi tunjuk keadaan sebenar kurma yang datang dari ladang kurma.

Lepas ni, jangan ambil mudah tau. Cara nak bersihkan kurma, rendam dulu dalam air garam dalam 5 – 10 minit. Lepastu bilas dengan air bersih. Kemudian tapis, kalau nak lebih baik, jemur di bawah panas terik matahari. Nanti kurma jadi juicy semula.

Tapi, kalau nak cepat, tak yah jemur. Tapis je lepas tu boleh terus makan. Simpan dalam peti sejuk, in shaa allah tahan lama.

Maaf kalau ada yang tak sependapat. Ummi kongsi sebab sayang. Berniaga, bukan nak duit semata, tapi ummi bertanggungjawab untuk educate pelanggan untuk makan kurma dengan cara yang bersih. ?”

Sumber : Rashid Kocai


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bokitta Alamanda berwajah baharu, berkonsepkan ‘Premium Lifestyle’

BOKITTA, jenama tudung Muslimah premium sememangnya terkenal dengan rekaannya yang moden dengan ciri eksklusif yang bebas pin, selesa dan...

More Articles Like This