Biscoff almond crunchy, jom buat biskut kayangan. Rangup dan wangi semerbak satu rumah

Dari Penulis

Terbayang keenakan dan kerangupan biskut kayangan, Biscoff almond crunchy. Sesuai untuk dijadikan hidangan waktu tiba Aidilfitri nanti.

Terima kasih Nani Hamid II atas perkongsian resipi. Namun jika penyakit M melanda, boleh sahaja pesan di link ini.

“Biscoff almond crunchy, baru geget ja dah terbang ke langit habaq hampa. Uih.. kayangan bethol rasa dia, ranggup-rangup badam, wangi biscoff lagi satu.. tergeget ja crumble, terus nampak gelang emas.

Bahan :

500 gm Mentega

60 gm Shortening

300 gm Gula perang

2 biji Telur

1/2 cawan Minyak jagung

200 gm Biscoff spread

* putar sebati menggunakan volume perlahan

Campurkan :

100 gm Tepung jagung

150 gm Nestum kisar kasar

1 sb Emplek

1 sb Baking powder

1 sb Cream of tartar

1 sb Soda bikarbonat

60 gm Susu tepung (pilihan)

500 gm Tepung gandum

300 gm Badam nibs (sangai dulu bagi rangup)

200 gm Butterscotch coklat cip

250 gm Biscoff crumble

* Adun dan gaul sehingga rata.

Cara :

  1. Ambil adunan dan jadikan doh sebesar 50 sen. Tekan dengan garfu untuk beri corak.
  2. Kemudian bakar pada suhu 180c selama 25 hingga 30 minit atau sehingga masak mengikut ketuhar masing-masing.
  3. Selepas biskut masak, lorek biscoff spread di atasnya.
  4. Dan taburkan crumble biscoff. Siap.

Sumber : Nani Hamid


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gen Z tidak miskin pendapatan tetapi bergelut dalam realiti kehidupan

Felo Penyelidik Pasca Doktoral di Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz (UAC), Universiti Malaya, Dr. Nik Zirwatul Fatihah. Pensyarah Kanan di...

More Articles Like This