Agar-agar santan, sedap dimakan sejuk. Ini cara dapatkan hasil yang cantik dan tak hanyir

Dari Penulis

Agar-agar santan, memang cukup popular di waktu bulan Ramadan. Sedap dinikmati waktu sejuk dan cukup nyaman di tekak.

Kali ini, Wanita kongsikan tip dari Norisma Miskan bagaimana untuk dapatkan agar-agar santan yang cantik, sedap dan tidak hanyir.

Bahan :

1 paket Agar-agar tali

1400 ml Air

3/4 cawan Gula

250 ml Air pandan (kisar 10-15 helai daun pandan dengan 250ml air)

500 ml Santan (kotak boleh, yang segar pun boleh…kalau kotak saya sukea guna brand kara sebab wangi and betul-betul pekat)

1 biji Telur

1 sk Garam

Sedikit pewarna hijau

Cara :

1. Rebus agar-agar dengan air dan gula. Pastikan agar-agar betul-betul hancur. Tip untuk cepatkan proses masak agar-agar : Potong kecil agar-agar dengan gunting.

2. Sementara menunggu agar-agar larut, campurkan santan, telur dan garam dalam satu bekas dan kacau hingga sebati.

3. Bila agar-agar sudah mendidih, masukkan air pandan dan pewarna hijau. Tunggu sampai mendidih dan gunakan api besar.

4. Guna tapis dan masukkan santan ke dalam agar. Tujuan gunakan penapis untuk tapis mata telur supaya agar-agar tidak berbau hanyir.

5. Kacau agar-agar sampai mendidih. Gunakan api besar. Waktu ini kena jaga sebab takut agar-agar melimpah keluar.

6. Apabila agar-agar suda nampak berketul, bolehlah matikan api.

7. Tuang ke dalam acuan.

Sumber : Norisma Miskan


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MKDS buka cawangan baharu di Putrajaya

Penyedia perkhidmatan pengurusan berat badan perubatan, Megaklinik Dr Suffian (MKDS) membuka cawangan baharu di IOI Resort City, Putrajaya dalam...

More Articles Like This