DRAMA Korea Tale of The Nine Tailed kini bakal masuk musim kedua yang masih mengekalkan barisan pelakon sama iaitu Lee Dong Wook, Kim Bum dan ahli baharu Kim So Yeon.
Jangkaan tinggi untuk So Yeon, ahli baharu musim kedua itu apabila dia dipertanggungjawabkan untuk memegang watak Ryu Hong Joo, pemilik Myoyeon Gak iaitu sebuah restoran mewah di Gyeongseong dan merupakan bekas tuhan gunung barat.
Daya tarikan dan kemahiran lakonan yang tinggi dimiliki oleh pelakon drama The Penthouse itu amat diperlukan bagi membawa watak utama wanita dalam drama tersebut.
Pada 2020, So Yeon membintangi siri TV SBS The Penthouse: War in Life, memainkan peranan sebagai pengarah sekolah muzik dan soprano yang jahat tetapi terkenal.
Siri ini mendapat rating tontonan tertinggi sebanyak 28.8% di seluruh negara.
Malah drama tersebut turut dipanjangkan ke musim kedua yang mana So Yeon memegang watak sama.
Aktres berusia 41 tahun itu juga penah memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik – Televisyen pada Anugerah Seni Baeksang ke-57 dan Hadiah Utama (Daesang) pada Anugerah Drama SBS 2021.
Bagi musim kedua ini, latar belakang masa yang digunakan tidak lagi sama seperti musim terdahulu.
Ia juga akan memperlihatkan sambungan kisah Lee Rang ( Kim Bum) yang belum terungkap dan diri Lee Yeon ( Dong Wook) yang sudah sepenuhnya bertukar menjadi manusia atau masih seekor musang ekor Sembilan.
Bagi peminat yang masih berteka-teki tentang pengakhiran cerita bagi musim yang terdahulu, nantikan!.
Menurut laman web Mydramalist, drama bersiri 12 episod itu dijadualkan akan ditayangkan pada tahun hadapan.
Sumber:Pinkvilla

