GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut dirasai di Semporna, Sabah dan kawasan sekitarnya.
Terdahulu SunStar Davao melaporkan, penduduk di kawasan yang terjejas dinasihatkan supaya terus berwaspada terhadap sebarang kemungkinan berlakunya gegaran susulan.
Mereka juga dinasihatkan mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa pengurusan bencana.
Lapor SunStar Davao, setakat ini tiada laporan mengenai kerosakan besar atau kemalangan jiwa disahkan.

