Lee Zii Jia juara Badminton Asia, tewaskan jaguh Indonesia

Dari Penulis

JAGUH perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia muncul Juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 selepas menewaskan pemain Indonesia, Jonatan Christie di Manila, Filipina petang ini.

Dalam aksi pentas akhir di Kompleks Sukan Muntinlupa, Zii Jia menang straight set 21-17, 23-21 dalam pertarungan selama 45 minit.

Di set pertama, Zii Jia mempamerkan aksi bertenaga apabila sentiasa berada di hadapan sebelum mencatat kemenangan.

Ketinggalan satu set, Jonatan cuba mencari rentak untuk bangkit di set kedua dengan hasrat mengheret perlawanan ke set penentuan, namun usahanya gagal apabila Zii Jia terus mendominasi perlawanan sekali gus merekodkan kemenangan 23-21.

Baca: Aaron-Wooi Yik pulang hampa, tewas mengejut aksi final BAC 2022

Dalam pada itu, hasrat beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menamatkan penantian merangkul gelaran sulung di pentas antarabangsa berkecai selepas tewas di tangan beregu  Indonesia, Pramudya Kusumawardana-Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan.

Aaron-Wooi Yik yang juga pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 tewas 21-23, 10-21 dalam perlawanan yang berlangsung selama 52 minit itu.

Keputusan ini sekali gus menyaksikan mereka terus kempunan meraih gelaran sulung sejak digandingkan pada 2017 dengan pencapaian terbaik tujuh kali muncul naib juara termasuk di Seluruh England 2019 dan Terbuka Thailand 2020.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Isu pemain naturalisasi: FAM sedang perkukuh aspek tadbir urus

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) sedang memperkukuh aspek tadbir urus, bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap integriti dan kredibiliti bola sepak...

More Articles Like This