Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

Dari Penulis

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar tadi.

Duo penyerang yang bermain di Liga Perdana Inggeris itu masing-masing mencetak satu gol bagi skuad yang digelar Blågult itu.

Sweden kembali ke pentas Piala Dunia setelah terlepas edisi 2022 di Qatar bermula garang dengan menguasai perlawanan sejak wisel dibunyikan dalam perlawanan di Estadio Monterrey.

Hasilnya, anak buah Graham Potter berjaya mendahului Tunisia seawal minit ketujuh menerusi pemain yang mempunyai darah Tunisia-Maghribi, Yasin Ayari.

Pemain tengah yang bermain bersama Brighton & Hove Albion bijak mengambil peluang hasil serangan yang direncana Isak dan Gyokeres.

Walaupun Tunisia berjaya mengimbangi semula perlawanan, namun Sweden menambah satu lagi gol menerusi rembatan cantik Isak hasil umpanan Gyokeres.

Tunisia kemudiannya berjaya merapatkan kedudukan hasil tandukan pemain pertahanan tengah yang berkelanan di Slovenia, Omar Rekik pada minit ke-43.

Sweden meneruskan momentum serangan memasuki separuh masa kedua dengan gerakan yang sentiasa direncana oleh Ayari.

Kesilapan kapten Tunisia, Ellyes Skhiri membuka ruang buat Isak pula yang menghantar bola kepada Gyokeres sekali gus mudah menyumbat ke dalam gawang Eagles of Carthage pada minit ke-59.

Penguasaan Sweden diteruskan apabila pemain yang baru 18 saat berada di atas padang, Mattias Svanberg bijak menyempurnakan gerakan sepakan percuma.

Tidak berhenti di situ, rembatan padu Ayari dari luar kotak penalti pada minit terakhir perlawanan membuatkan Sweden membuka tirai edisi Piala Dunia kali ini dengan kemenangan berharga.

Skuad Blågult akan meneruskan kempen kali ini dengan menentang Belanda di Houston pada 21 Jun ini manakala Tunisia berhadapan Jepun di Estadio Monterrey pada hari yang sama.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Puad Zarkashi sah tidak pertahan DUN Rengit, beri laluan kepada pemimpin muda

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan...

More Articles Like This