Wan Junaidi harap RUU Antilompat Parti dibentang, dilulus sebelum PRU-15

Dari Penulis

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berharap Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti dapat dibentangkan dan diluluskan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Bagaimanapun beliau berkata ia terpulang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sama ada RUU itu dibentang di Dewan Rakyat pada persidangan Julai ini atau diadakan awal pada persidangan khas.

“Ada yang mahu RUU ini dibentang pada persidangan bulan Julai, dan ada yang mahu diawalkan, namun terpulang kepada perdana menteri sendiri untuk menentukan perkara itu setelah kajian selesai dan diserahkan kepada beliau.

 “Kalau tanya saya, pada saya lebih baik kita laksanakan RUU ini dahulu (sebelum PRU15) kerana tidak mahu apa yang berlaku pada 2018 berlaku lagi pada tahun ini atau 2023 nanti. (Kalau) RUU belum siap kita dah PRU, lepas itu lompat kiri lompat kanan (ahli politik bertukar parti),” katanya.

Baca: RUU Anti Lompat Parti: Dewan Rakyat lulus usul bentuk Jawatankuasa Pilihan Khas

Beliau yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata demikian ketika ditemui pada Program Libat urus Bersama Masyarakat hari ini.

Wan Junaidi berkata beliau tidak boleh mendedahkan mengenai RUU itu secara lebih lanjut selagi ia belum dibentangkan kerana terikat dengan Peraturan Mesyuarat 85 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Saya yang mengetuai Jawatankuasa RUU itu yakin dengan kebolehan serta pengalaman undang-undang yang pada jawatankuasa dan masalah ini boleh diselesaikan,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Saya akan pilih orang yang boleh bantu rakyat Malaysia, kata Michael Ang

PENERBIT dan pengarah terkenal, Michael Ang menegaskan beliau akan memilih individu yang mampu membantu rakyat Malaysia. Penegasan itu dinyatakan Michael menerusi...

More Articles Like This