Shiha Zikir menang besar! Bawa pulang 5 trofi AME2021

Dari Penulis

PENYANYI Shiha Zikir muncul sebagai pemenang kategori utama iaitu Top Top MeleTOP (Wanita) dalam acara Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME 2021).

Malah, Shiha yang juga pelakon itu turut muncul pemenang paling banyak memenangi anugerah AME 2021 apabila membawa pulang lima anugerah.

Selain kategori Top Top MeleTOP, Shiha turut merangkul anugerah bagi kategori Artis Versatile MeleTOP, Grop Duo MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP dan Lagu MeleTOP menerusi lagu AEWO nyanyian duet bersama Noki.

Dalam pada itu, Khai Bahar masih terus unggul dengan mengekalkan kemenangannya untuk kategori Top Top MeleTOP (Lelaki) serta Penyanyi MeleTOP.

AME2021 yang berlangsung ari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan disiarkan di Astro Ria (saluran 104) itu dihoskan oleh tiga pengacara popular iaitu Jihan Muse, Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

*SENARAI PEMENANG AME 2021

Artis Baharu MeleTOP – Dini Schatzmann

Si Cilik MeleTOP – Arianna Aubrey dan Karl Kareef

Couple MeleTOP – Emma Maembong & Muhammad Shazli Azhar

Artis Versatile MeleTOP – Shiha Zikir

Influencer MeleTOP – Dr Say

Personaliti TV MeleTOP – Jihan Muse

Video MeleTOP – Wany Hasrita (Canggung)

Anugerah Legend Muzik – Roslan Aziz

Anugerah Legend Seniman – Hamid Gurkha

Drama MeleTOP – Kampung Pisang Bersiri-Siri

Pelakon MeleTOP – Fasha Sandha

Grup/Duo MeleTOP – Shiha Zikir & Noki

Penyanyi MeleTOP – Khai Bahar

Lagu MeleTOP – AEWO (Shiha Zikir & Noki)

Filem MeleTOP – Ada Apa Dengan Dosa

Bintang Filem MeleTOP – Shiha Zikir

Anugerah Khas Juri – Datuk Aznil Haji Nawawi

Top Top MeleTOP Grop/Duo – Dolla

Top Top MeleTOP Wanita – Shiha Zikir

Top Top MeleTOP Lelaki – Khai Bahar


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This