Cara paling mudah sediakan Ketam Masak Kam Heong

Dari Penulis

Enaknya ketam masak Kam Heong. Dengan sedikit percikan rempah kari bersama udang kering, enaknya sehingga menjilat jari.

Jom kita cuba langkah demi langkah cara untuk sediakan Ketam Masak Kam Heong yang dikongsikan Ameera.

Memang pecah perut baca cara penyediaannya.

Seksi ke tidak? Jangan ngorat erk. Dah ada yang punya ni.
Bedakkan dengan serbuk kunyit dan garam sedikit. Panaskan minyak dan goreng sekejap. Jangan lama lama nanti dia terjatuh cinta pada kau.
Bawang putih 3 ulas

Ops! Pakai minyak goreng ketam tadi je. Kalau banyak buang sikit.
Bawang besar 1 biji.
Serbuk kari ketam. Ibu pakai separuh je sebab ketam ada 4 ekor je tu. kalau ketam ada lebih boleh letak 1 peket kecil tu.
Letak air sedikit. Tumis sehingga pecah minyak. Gaul lah sambil selawat. Kadang asik nyanyi pun tak bagus juga untuk pertumbuhan gigi.
Udang kering sedikit. Rendamkan dengan air panas sekejap, Kemudian tumbuk kasar. Jangan halus sangat, nanti dia lupa asal usul.
Sos cili 1 sudu makan
Sos tiram 1 sudu makan
Kicap secukup rasa. Leklok tau. Orang bagi coklat jangan ambil. Tiber!
Gula 1 sudu makan
Susah kalau anak anak tak makan pedas. Pedas satgi taknak makan nasi. Campak je la gitu. Satgi nak makan tenyeh je la atas pinggan.
Masukkan ketam dan gaul rata.
Last sekali masukkan daun sup daun bawang.
Siap dah. Jangan bagi jiran pula, tak cukup ni. Nak bagi beli lebih ketam nya.
Apa lagi. Melaung anak anak suruh cedok nasi. Banyak cantik nak tunggu semua sedia atas meja je. Garangkan?

Sumber : Ameera


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Patutlah Sentiasa Berseri! Rahsia ‘DNA Ikan Salmon’ Scha Alyahya Akhirnya Terbongkar

SIAPA sahaja yang tidak terpesona melihat kejelitaan rupa paras dan sosok tubuh pelakon serta ikon fesyen tersohor, Scha Alyahya?  Walaupun...

More Articles Like This