
TINDAKAN biadab sekumpulan warga asing menghina Nabi Muhammad SAW menerusi satu video tular dipercayai dirakam di hadapan kuil Batu Caves kini dalam siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, video berdurasi 18 saat itu tular di aplikasi TikTok menerusi akaun @gangarammahato280.
Jelas beliau, kumpulan warga asing berkenaan dipercayai menunjukkan pendirian menyokong perjuangan ahli politik dari India yang membuat penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.
“PDRM mengesahkan telah menerima laporan berhubung penularan video tersebut di aplikasi TikTok.
“Rakaman video itu mendapat 16,000 tontonan, 52 sukaan dan 302 komen turut dikesan menerusi aplikasi media sosial lain seperti Facebook dan WhatsApp.
“Ia berhubung perjuangan Hindu Samachar serta tindakan ahli politik daripada Parti Bharatiya Janata, Nupur Sharma yang mengeluarkan kenyataan penghinaan tersebut,” katanya dalam kenyataan.
Baca artikel berkaitan: Polis siasat kes gaduh di Tuaran babitkan tiga lelaki
Mengulas lanjut, Abd Jalil berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505(B) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam atau golongan awam.
Jelas beliau, siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
PDRM turut menegaskan agar orang ramai tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan tidak menyentuh sensitiviti agama serta kaum selain mengingatkan tindakan tegas akan diambil kepada sesiapa yang sengaja berbuat demikian.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram