Dipercayai miliki dadah, bekas pemain kebangsaan ditahan

Dari Penulis

SEORANG bekas pemain bola sepak skuad kebangsaan dilaporkan telah ditahan kerana dipercayai memiliki dadah.

Memetik laporan Free Malaysia Today, bekas pemain yang pernah beraksi bersama pasukan-pasukan gergasi tanah air itu ditahan di Johor Bahru kerana disyaki memiliki dadah jenis methamphetamine.

Difahamkan, bekas pemain berusia 36 tahun itu pernah menganggotai skuad Harimau Muda dan Harimau Malaya.

Pemain itu juga pernah menjulang enam piala Liga Super bersama dua pasukan berbeza antara 2009 hingga 2017.

Baca artikel berkaitan: Op Katia tumpaskan sindiket edar dadah, nilai rampasan RM1.06 juta

Pemain kelahiran Melaka itu juga pernah menjulang beberapa kejuaraan lain termasuk Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih.

Selain itu, dia juga pernah memenangi beberapa kejuaraan di peringkat antarabangsa.

Sementara itu, menurut laporan Kosmo, penahanan lelaki itu telah pun disahkan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid.

Menurut beliau, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara tersebut dalam masa terdekat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This