SEBANYAK 228 ekor lembu telah dikurniakan untuk ibadah korban oleh Keluarga Diraja Johor kepada golongan sasar di negeri tersebut bersempena Aidiladha.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kurniaan berkenaan diharapkan dapat menceriakan setiap penerima dan keluarga masing-masing.
“Menjunjung setinggi-tinggi kasih atas perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar; Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah; Pemangku Raja Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim dan seluruh Keluarga Diraja Johor atas perkenan mengurniakan 228 ekor lembu kepada Bangsa Johor.
Baca artikel berkaitan: Ibadah korban pupuk ketakwaan kepada Allah – Dr. Zulkifli
Hayati semangat Aidiladha, Jamal Abdillah, Radzi Jidin edar daging korban
“Patik dan seluruh Bangsa Johor termasuk warga Machap mendoakan Tuanku serta Keluarga Diraja Johor dilindungi Allah, dilimpahi rahmat, kemuliaan serta dikurniakan kesihatan yang baik, dilanjutkan usia serta memerintah Johor dengan makmur dan sejahtera,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Machap menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

