MDEC lancar edisi ketiga Let’s Learn Digital’

Dari Penulis


PERBADANAN Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) hari ini melancarkan edisi ketiga ‘Let’s Learn Digital’ (LLD), program peningkatan kemahiran yang meliputi pelbagai kursus teknologi digital.

Dilancarkan di bawah inisiatif #mydigitalworkforce MDEC pada 2020, program tahun ini akan memberi peluang kepada tenaga kerja Malaysia untuk meningkatkan kemahiran diri melalui kursus teknologi digital dalam bidang seperti sains data, keselamatan siber, animasi, pembangunan permainan, perkhidmatan perniagaan global digital, teknologi kewangan (FinTech), pemasaran digital dan awan.

Baca artikel berkaitan: MDEC umum tiga pemenang #CikguJuaraDigital 2022

Bagi edisi kali ini, MDEC, agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), bekerjasama dengan Meta, Microsoft, Oracle, SAS dan penyedia latihan di bawah Direktori Latihan Kemahiran Digitalnya untuk menyediakan pelbagai kursus secara percuma.

Menurut MDEC dalam kenyataan hari ini, individu yang berminat boleh mendaftar untuk kursus itu mulai 1 Julai hingga 30 Sept, dengan peserta yang berdaftar boleh menjalani latihan yang telah dijadualkan dalam tempoh antara 1 Julai dan 31 Dis.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Status pelarian bukan tiket kebal undang-undang, kata Saifuddin Nasution

STATUS pelarian tidak boleh dijadikan alasan untuk melanggar undang-undang Malaysia, tegas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Beliau...

More Articles Like This