Marsha Milan harap Kembali Terang beri kejayaan sama seperti Cinta

Dari Penulis

PENYANYI Marsha Milan kembali mempertaruhkan lagu terbaharu berjudul Kembali Terang yang dicipta oleh Senna dan Ajin manakala liriknya juga ditulis oleh Senna.

Kembali Terang diciptakan khas untuk Marsha demi menonjolkan lagu, bakat dan suaranya. Lirik yang ditulis juga diinspirasikan daripada pengalaman Marsha sendiri.

Menurut Marsha, dia bersyukur kerana masih lagi diberikan kepercayaan dan peluang oleh Alternate Records & Talents untuk melahirkan sebuah lagi lagu di bawah label yang sama.

“Kejayaan lagu Cinta yang lalu membuka lebih ruang kepada saya untuk berkarya dan menunjukkan kelebihan yang ada pada diri saya sekaligus membuka pintu rezeki untuk lebih maju.

“Lagu Kembali Terang ini diharapkan dapat diterima oleh semua orang lebih-lebih lagi, lagu ini benar-benar dekat dengan saya. Semoga semua terus menyokong kerjaya saya agar dapat melahirkan lebih banyak lagu untuk semua,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pengurusan Alternate Records Sdn Bhd, Prakesh Swaminathan berkata, pihaknya tidak pernah ragu dengan keupayaan Marsha.

“Lagu Cinta yang kita hasilkan sebelum ini menjadi bukti yang Marsha sememangnya layak diiktiraf sebagai penyanyi yang berbakat dan mempunyai vokal yang cukup baik.

“Kembali Terang ini merupakan lagu kedua yang kita buat bersama Marsha dan pastinya akan ada lebih banyak lagu yang bakal dihasilkan bersama.

“Dalam lagu terbaharu ini, kita mengetengahkan lagi kelebihan yang ada pada Marsha iaitu vokalnya. Jadi, saya harap dengan lahirnya lagu Kembali Terang ini akan sekaligus membantu Marsha untuk pergi lebih jauh,” jelasnya.

Lagu Kembali Terang ini boleh didengari di semua pelantar digital dan muzik video bakal dipertontonkan di saluran Youtube Alternate Records & Talents tidak lama lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This