Hening Rindu nyanyian Marsha dinobatkan juara AJL39

Dari Penulis

LAGU Hening Rindu nyanyian Marsha Milan hasil ciptaan  Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh diumumkan sebagai juara di Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi.

Kemenangan itu membolehkan mereka berjaya  pulang dengan hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi.

Sejurus diangkat sebagai juara keseluruhan, Marsha tidak dapat menahan sebak sewaktu menzahirkan penghargaan kepada semua yang menyokong perjalanan karier muziknya selama 20 tahun.

Sementara itu, tempat kedua pula dimenangi lagu Bukan Lagi Kita dendangan Nadeera Zaini ciptaan lagu dan lirik Hael Husaini dan Iqie Hugh yang menyaksikan mereka layak membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 beserta trofi.

Manakala, lagu Saksama nyanyian  Akim & The Majistret ciptaan Akim & The Majistret dan lirik Bunga Cantik meraih tempat ketiga dan menerima wnag tunai RM30,000 berserta trofi. 

Penyanyi Ernie Zakri pula dinobatkan Anugerah Vokal Terbaik menerusi lagu Aura yang berjaya membawa pulang RM12,000 beserta trofi. 

Kategori Persembahan Terbaik pula dimenangi oleh Aina Abdul menerusi lagu Puas Sudah sekaligus menerima wang tunai RM12,000.

Kategori terbabit merupakan undian penonton sepenuhnya dengan menayksikan Aina membawa jantung besar di atas pentas. 

AJL39 dinilai oleh Edry Abdul Halim selaku Ketua Juri dengan dibantu Edrie Hashim, Ed Samad, Datuk Ahmad Izham Omar, LY, Fauziah Latiff, Siti Hajar, Datuk Hattan dan Datuk Fauziah Nawi.

Bertemakan Nada Rasa, AJL39 menampilkan gandingan hos dua generasi iaitu Naz Rahman bersama Sissy Imann.

AJL 39 membuka tirai dengan persembahan daripada Wani Kayrie yang menyampaikan lagu Cindai diikuti Shiha Zikir (Asmaradana), Ara Johari (Tak Ada Logika) dan Noki K-Clique (Angkat).

Segmen Interlude pula diserikan dengan penampilan penyanyi popular era 1990-an, Amir Ukays dengan menyampaikan lagu Pahit Akan Manis Akhirnya dan Di Sana Menanti Di Sini Menunggu.

Malah, kemunculan Sham Visa dengan lagu Untukmu Selamanya dan Dalam Gerimis. nyata merancakkan suasana malam penuh berprestij itu.

Kehadiran Datuk M. Nasir yang membawakan lagu runut bunyi filem Ejen Ali The Movie 2 berjudul Hanya Kamu buat pertama kalinya juga mengundang tepukan gemuruh penonton di dewan berkenaan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya sendiri bukan dari keluarga berada” – Kontroversi mulut celupar di Cameron Highlands, Kak Ika tampil jernihkan keadaan, nafi hina golongan B40

SELEPAS teruk dihentam netizen di segenap platform media sosial, usahawan scone yang sedang hangat diperkatakan, Zamzam Zulaikha Abu Shah...

More Articles Like This