‘Jangan buat drama’, Tengku Hassanal gesa polis tidak siasat Noor Jehan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PEMANGKU Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa pihak polis supaya tidak meneruskan siasatan ke atas seorang aktivis alam sekitar, Noor Jehan Abu Bakar.

Melalui catatan di laman Instagram, Tengku Hassanal turut bertitah supaya tidak tercetus sebarang drama.

Pada masa sama, Tengku Hassanal secara peribadi turut memohon maaf kepada Noor Jehan yang juga Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Pahang atas kelewatan berangkat ke satu program, 18 Julai lalu.

“Saya baru mendapat tahu mengenai situasi (siasatan) ini, saya telah meminta polis untuk tidak mengganggu dia. Tolong jangan buat drama.

“Dia (Noor Jehan) berkata saya lewat dua jam untuk menghadiri program itu. Pagi itu saya sebenarnya tidak begitu sihat (kerana baru pulih daripada demam panas, bukan COVID-19) sebelum program penanaman pokok itu, biar pun saya diminta hadir.

“Kepada Noor Jehan, saya dengan ikhlas memohon maaf kerana terlewat ke program tersebut.

Tangkap layar catatan Instagram Tengku Hassanal secara peribadi memohon maaf kepada Noor Jehan kerana terlewat menghadiri satu majlis pada 18 Julai lalu.

Baca artikel berkaitan: Tengku Hassanal seru Malaysia jayakan Rangka Kerja Biodiversiti Global Pasca 2020

“Saya berasa tidak sihat pagi itu dan terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga demi kesejahteraan semua orang. Saya sangat menghargai keprihatinan dan masa anda. Terima kasih,” titah Tengku Hassanal.

Semalam, media melaporkan Noor Jehan telah dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan berhubung ciapan di Twitter yang mempersoalkan kelewatan Tengku Hassanal.

Aktivis alam sekitar itu mendakwa Tengku Hassanal serta beberapa pegawai lewat dua jam ke Program Pemulihan Ekosistem Zon Penampan, iaitu acara penanaman pokok di Pantai Chenor, Kemaman, Terengganu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hantaran undang padah, warga Bangladesh ‘kantoi’ miliki dua pasport ditahan

HANTARAN tular di platform media sosial memaparkan seorang lelaki memegang dua pasport mengundang padah selepas warga Bangladesh itu ditahan...

More Articles Like This