Perkhidmatan saringan kanser percuma melalui ‘Purple Truck’ dilancar Tuanku Zara

Dari Penulis

RAJA Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan merasmikan Klinik Bergerak Saringan Kesihatan Nasional dikenali ‘Purple Truck’ yang akan memberikan saringan kanser percuma bagi warga luar bandar dan pedalaman di seluruh negara.

Baginda berkenan merasmikan Purple Truck dengan menandatangani plak diiringi Yang Dipertua Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak Datin Seri Aezer Zubin sebelum melawat pameran di Astaka Padang Ipoh di Ipoh hari ini.

Klinik kesihatan bergerak itu merupakan trak sepanjang kira-kira lima meter yang diubah suai sebagai platform untuk menganjurkan bengkel kesedaran dan kesihatan tentang penyakit kanser dan penyakit-penyakit tidak berjangkit di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Program komuniti masyarakat Purple Truck yang merupakan sebuah inisiatif hasil kerjasama MCIS Life dan Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) akan dikelolakan oleh pasukan bergerak NCSM yang terdiri daripada kakitangan perubatan terlatih, penasihat kesihatan berpengalaman dan sukarelawan penjagaan kesihatan.

Antara program yang akan dijalankan ialah ceramah dan bengkel interaktif berteraskan gaya hidup sihat, kesedaran kanser dan penyakit tidak berjangkit, penilaian kesihatan am dan saringan kepada tiga jenis kanser utama di Malaysia iaitu kanser payudara, kanser serviks dan kanser kolorektal.

Purple Truck akan memulakan jelajah bersama pasukan perubatan terlatih dan sukarelawan NCSM ke lokasi di seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sireh Park di Johor sempena dengan sambutan ulang tahun MCIS Life.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Saya terharu, lega akhirnya dapat jemputan ikhlas daripada Anthony Loke’ – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa terharu dan lega kerana 'akhirnya' mendapat jemputan yang 'ikhlas' daripada...

More Articles Like This