Tya Ariffin turun padang buat penghantaran…

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON dan usahawan terkenal Tya Arifin membuat kejutan terhadap pelanggan jamu Mutyara apabila dia sendiri turun padang membuat penghantaran secara bayaran tunai atau ‘cash on delivery’ (COD).

Tya, 28, atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari berkata, dia juga terhru dan sebak apabila dapat berjumpa dan mendengar secara langsung maklum balas diberikan pengguna.

“Memang seperti video yang ditularkan di TikTok, saya ada buat kejutan COD kepada pelanggan. Kenapa saya buat, sebab saya sudah lima tahun berniaga produk ini, banyak sebenarnya wanita yang amalkan produk ini dan menyokong saya.

“Saya bersama pasukan dan apa yang saya buat ini diharap dapat memberi manfaat kepada mereka. Sejujurnya, apabila sesekali dapat turun padang saya gembira dan sebak juga.
“Apatah lagi dapat mendengar secara langsung maklum balas mereka selepas mengamalkan jamu Mutyara yang mana membantu menyelesaikan masalah dalaman mereka.

“Saya datang pun secara ‘random’ saja. Saya turun berjumpa sendiri mereka sebagai tanda penghargaan saya atas sokongan dan kesetiaan mereka,” katanya.

Menurut Tya yang juga isteri kepada usahawan Asyraf Khalid, disebabkan itu dia dihujani permintaan untuk meneruskan sesi itu di beberapa lokasi lain pula.

“Ada pelanggan yang selepas mengamalkan produk ini menambahkan lagi air susu. Begitu juga dengan seorang wanita berusia lingkungan 50 tahun yang mengalami masalah kesukaran berjalan. Tetapi selepas amalkan Mutyara dia dah boleh aktif semula termasuk buat kerja-kerja rumah.

“Rasa tak puas sebenarnya berjumpa pelanggan dan berborak dengan mereka. Hinggakan ramai juga komen suruh saya datang ke rumah dan tempat mereka pula. Insya-Allah,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This