Tiada isu antara saya dan Ahmad Zahid – Ismail Sabri

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak mempunyai sebarang isu atau berlaku perpecahan seperti dakwaan atau tohmahan sesetengah pihak.

Naib Presiden UMNO itu berkata adu domba mengenai perkara tersebut adalah lebih kepada misi untuk memecahkan mereka yang kelak menguntungkan pihak bertanggungjawab membuat tohmahan terutama pada musim Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

“Saya beri jaminan tiada isu antara saya dan Ahmad Zahid Hamidi tetapi (wujud) ‘nasi-nasi tambah’ di luar sana sebenarnya kerana apabila kita berpecah, yang untung mungkin mereka.

“Pepatah Melayu menyatakan ‘antan sama antan berlaga, ayam di tepi kekenyangan.’ Kita berlaga, dia untung. Jadi marilah kita bersatu, biarkan dia yang rugi,” katanya semasa melancarkan Program Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran BN di Kompleks UMNO Bagan Datuk hari ini yang dihadiri pelbagai lapisan pemimpin komponen, parti serta masyarakat setempat.

Baca artikel berkaitan: PM umum RM181.5 juta Jumlah Keuntungan Boleh Agih Interim 2/2022 kepada 74,949 peserta Felcra Berhad

Ismail Sabri berkata, apabila timbul pelbagai perkara dan persepsi luar berkaitan fitnah perpecahan tersebut, beliau dan Ahmad Zahid duduk berbincang bagi menghentikan serta menepis persepsi jahat itu.

Justeru, beliau berkata adalah penting bagi BN untuk terus bersolidariti mengukuhkan perpaduan yang ada agar tidak lemah diserang tohmahan mana-mana pihak khasnya kem pembangkang.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Letupan bom Tak Bai: Dua rakyat Malaysia dipindahkan ke hospital di Kelantan

DUA rakyat Malaysia yang cedera dalam kejadian letupan bom di daerah Tak Bai, wilayah Narathiwat, selatan Thailand, semalam telah...

More Articles Like This