SEBUAH feri yang membawa 547 penumpang serta kru dilaporkan tersadai selepas tersangkut di beting lumpur dekat Jeti Kuala Kedah, petang tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian terbabit pada pukul 4.55 petang.
Beliau berkata sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
Baca artikel ; Feri Kuala Perlis terkandas, kerja-kerja mendalamkan kawasan jeti segera dijalankan
“Feri terbabit dipercayai dari Kuala Kedah ke Langkawi dan telah tersangkut berhampiran jeti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, pasukan penyelamat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Laut dan Nelayan Tempatan sedang memantau dan bersiap menghadapi sebarang kemungkinan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

