SEORANG penunggang motosikal cedera selepas melanggar sebuah Honda City yang berada di bahu jalan tiba-tiba membelok ke kanan.
Video penuh klik link
https://t.me/infoutusantv/10097
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan itu berlaku di persimpangan lampu isyarat, Kilometer 33 Jalan Klang – Banting, 9.40 pagi semalam.
Katanya, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah Honda City berwarna merah meletakkan kenderaan di bahu kiri jalan.
Beliau berkata, apabila lampu isyarat bertukar hijau, pemandu yang merupakan lelaki warga asing berusia 40-an telah membelok ke kanan menghala ke arah Morib.
“Semasa pemandu City merah membelok ke kanan, datang sebuah motosikal jenis WMOTO XDV 250 dari arah sama lalu melanggar sisi hadapan kanan kereta.
“Penunggang motosikal kemudian telah tercampak lalu melanggar hadapan kanan sebuah lagi City warna kelabu yang sedang berhenti di lampu isyarat merah arah bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, penunggang motosikal iaitu seorang lelaki tempatan berusia 30-an bekerja sebagai kakitangan awam mengalami kecederaan di kepala, tangan serta kaki.
Katanya, pemandu City merah yang bekerja sebagai buruh binaan dan pemandu City Kelabu berusia 20-an tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Semakan mendapati ketiga-tiga individu terlibat kemalangan mempunyai lesen memandu.
“Dua pemandu City itu telah hadir memberi keterangan di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik sementara penunggang motosikal masih menerima rawatan di hospital,” ujarnya.
Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nor Baiti Mustafa di talian 014- 5006072.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

