Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di Serendah

Dari Penulis

Dua lelaki ditahan hari ini bagi membantu siasatan memukul seorang lelaki sehingga menyebabkan kecederaan akibat perselisihan faham di Taman Sri Serendah, Hulu Selangor, dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah berkata kedua-duanya yang berusia 40 dan 45 tahun ditahan di sekitar kawasan Serendah pagi tadi dan kini direman hingga Jumaat ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh. 

“Polis sedang memburu empat lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Baca artikel berkaitan : Sepupu punya pasal, lelaki cedera dibelasah dekat Serendah

Polis Hulu Selangor sebelum itu mengesan dua klip video pergaduhan yang tular menerusi media sosial bertajuk: ‘Geng GST 08 Serendah Michael’ yang memaparkan sekumpulan lelaki sedang memukul seorang lelaki.

Suffian berkata pada kira-kira 6 petang semalam, pihanya telah menerima panggilan telefon memaklumkan berlaku satu kejadian pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki tempatan.

“Berdasarkan siasatan, insiden itu berpunca daripada sepupu mangsa yang telah meletakkan kenderaannya di hadapan rumah suspek dan suspek telah menegur sepupu mangsa sehingga mencetuskan pergaduhan.

“Mangsa cuba meleraikan pergaduhan namun suspek bertindak memukul mangsa. Sepupu mangsa telah melarikan diri meninggalkan mangsa yang telah dikepung sekumpulan lelaki dipercayai rakan suspek,” katanya.

Suffian berkata mangsa dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul sehingga terbaring berlumuran darah dan kemudian dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan.

Beliau meminta orang ramai tidak gusar berhubung kejadian itu dan menyeru mereka yang mempunyai maklumat supaya tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

— BERNAMA

Tuesday , 25 October 2022

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Saya terharu, lega akhirnya dapat jemputan ikhlas daripada Anthony Loke’ – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa terharu dan lega kerana 'akhirnya' mendapat jemputan yang 'ikhlas' daripada...

More Articles Like This