PRU-15: Abang Johari beri bayangan Wan Junaidi mungkin tak bertanding

Dari Penulis

AHLI Parlimen Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar ‘berkemungkinan besar ‘ tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Wan Junaidi pernah mengutarakan hasratnya untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Santubong, namun beliau (Abang Johari) masih belum memutuskan sebarang keputusan.

“Sebab dia nak (untuk tidak bertanding), lagipun dia sekarang dah berusia 77 tahun… dia nak buat perkara lain, tapi dia tetap akan terus beri pandangan kepada kita (sebagai penasihat GPS).

“Dia dah cakap macam tu, nak buat macam mana…saya belum beri keputusanlah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Jentera Wanita Gabungan Parti Sarawak (GPS) PRU15, hari ini.

Baca artikel lain: Jika BN menang dominan, akan ada tiga TPM mewakili Sabah, Sarawak dan Semenanjung – Zahid

Turut hadir, Timbalan Premier yang juga Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteran Komuniti yang juga Ketua Pergerakan Wanita PBB, Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Wan Junaidi sebelum ini dilaporkan berkata beliau menyerahkan kepada Abang Johari yang merupakan Pengerusi GPS dan Presiden PBB untuk menentukan masa depan politiknya.

Untuk rekod, Wan Junaidi yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) telah menduduki kerusi Parlimen Santubong sejak 2004.

GPS yang terdiri daripada empat parti komponen iaitu PBB, Parti Rakyat Sarawak Bersatu (SUPP), Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) akan meletakkan calonnya di kesemua 31 kerusi Parlimen di Sarawak pada PRU-15 ini.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This