Jika BN menang dominan, akan ada tiga TPM mewakili Sabah, Sarawak dan Semenanjung – Zahid

Dari Penulis

BARISAN Nasional berjanji akan melantik tiga Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang mewakili rakyat Sabah, Sarawak dan Semenanjung, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, jaminan itu akan dimasukkan dalam manifesto BN sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti dengan jawatan tiga TPM itu akan diwujudkan jika BN muncul dominan untuk membentuk kerajaan Persekutuan pada PRU-15 nanti.

“Dalam konteks negeri ini, cadangan terbabit akan dimasukkan dalam manifesto BN Sabah sebelum PRU15,” katanya pada sidang media selepas Perasmian Program Gelombang Biru BN Zon 3, di Papar hari ini, memetik laporan BH Online.

Turut disempurnakan adalah Gimik Pelancaran Projek Naik Taraf Jalan Bukit Manggis dan Projek Pembinaan Masjid Kedua Pekan Bongawan.

Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Pengerusi BN merangkap Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Yang hadir sama, Ahli Majlis Tertinggi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif mewakili Pengerusi GRS merangkap Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Ahmd Zahid yang juga Presiden UMNO, berkata jawatan tiga TPM itu boleh juga digunakan oleh BN Sabah dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai manifesto di peringkat negeri.

“Saya yakin Perdana Menteri akan terima cadangan ini kerana jawatan TPM tidak ada dalam Perlembagaan, itu sebabnya. Sebelum ini, hanya ada empat jawatan menteri kanan.

BERITA BERKAITAN PRU-15: Calon Bersatu Sabah akan guna logo GRS – Muhyiddin

“Jadi tidak mustahil tiga jawatan TPM diwujudkan sekiranya BN menang dengan dominan. Jawatan itu akan disandang oleh mana-mana pemimpin dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung,” katanya.

Beliau juga mencadangkan BN Sabah memasukkan dalam manifesto mengenai peruntukan dari kerajaan Persekutuan disalurkan terus kepada kerajaan negeri sekiranya BN dominan dalam pembentukan kerajaan.

“Saya cadangkan agar Pengerusi BN Sabah memohon kepada kerajaan Persekutuan agar peruntukan yang selama ini disalurkan melalui kementerian di peringkat Persekutuan agar dapat disalurkan terus kepada kerajaan negeri.

“Ia boleh disalurkan melalui kementerian, jabatan dan agensi kerajaan negeri agar pelaksanaannya boleh dibuat oleh mereka sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid memaklumkan, jalinan kerjasama BN bersama GRS telah mencapai kata sepakat dan kedua-dua gabungan bakal membantu satu sama lain dalam menghadapi PRU15.

“BN tidak akan bertembung dengan GRS dalam soal pembahagian kerusi Parlimen, tidak ada pertembungan. Di mana BN bertanding, GRS tidak akan bertanding.

“Selain itu, kita ada formula (pembahagian kerusi) yang telah dipersetujui oleh Pengerusi BN Sabah dan Pengerusi GRS. Formula itu akan diumumkan Bung Moktar dan Hajiji dalam waktu terdekat ini,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Farhash terus setia perjuangan reformasi, kekal bersama Anwar

DATUK Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak disifatkan antara pemimpin PKR yang terus setia dengan perjuangan reformasi ditampilkan parti...

More Articles Like This