‘Tunggu malam ini untuk jelaskan spekulasi’ – Ahmad Zahid

Dari Penulis

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak, dakwaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diminta menandatangani surat menyokong dan memberinya mandat membentuk Kabinet jika UMNO dan Barisan Nasional (BN) menang.

“Itu tipu,” katanya ringkas seperti dilapor Berita Harian, hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan berkaitan perkara itu seperti dilaporkan portal berita, semalam.

Sementara itu, Ahmad Zahid enggan mengulas pertanyaan mengenai kemelut berkaitan pemilihan calon BN bagi kerusi Parlimen Arau.

“Tunggu malam ini untuk jelaskan spekulasi,” katanya lagi.

Baca artikel lain: Waspada ‘bisikan’ memperdaya minda supaya pilih PH – Ahmad Zahid

Kemelut dilihat semakin memuncak selepas penyandang Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim memberi bayangan digugurkan daripada senarai calon.

Ini apabila semua bilik gerakan BN Parlimen Arau ditutup, manakala bendera parti itu juga diturunkan.

Penutupan bilik gerakan parti dan penurunan semula bendera BN yang sudah digantung sebaik Parlimen dibubarkan turut dilaporkan menerusi hantaran Facebook oleh Shahidan, malam semalam.

“Malam ini malam kesedihan teramat sangat. Semua bilik gerakan BN Parlimen Arau telah ditutup dan bendera sudah diturunkan. Kali pertama dalam sejarah,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This