6 cara rangsang janin dalam kandungan

Dari Penulis

Merasakan gerakan si manja dari dalam rahim merupakan satu nikmat yang cukup sukar ditanding. Biasanya momen indah ini boleh dialami ibu hamil pada usia kandungan 18 minggu. Namun ada juga yang mula merasainya pada minggu ke-20 kehamilan.

Mengupas tentang bagaimana perbezaan tempoh masa ini terjadi bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya, berdasarkan pengalaman bilangan kehamilan dan berat badan iaitu ibu yang berbadan besar sukar merasakan gerakan kerana lapisan lemak yang lebih tebal berbanding ibu kurus.

Bagi awal kehamilan, jenis gerakan janin berlaku dalam pelbagai bentuk. Ada kemungkinan gerakan dialami berbentuk kedutan, ketukan seperti kupu-kupu terbang atau ikan berenang. Manakala pada usia seterusnya boleh merangkumi gerakan tangan dan kaki iaitu pukulan dan tendangan, tubuh melengkung dan sebagainya.

Secara normal, janin pada usia 20 minggu ke atas akan membuat gerakan paling minimum sebanyak 10 kali sehari.

Bagaimana dengan ibu hamil yang lain? Janin aktif bergerak? Jika belum boleh merasakan gerakan itu, jangan bimbang. Ini 6 tip yang boleh dilakukan bagi merangsang si comel dalam perut.

1. Relaksasi

Kebiasaannya janin akan tertidur jika anda aktif bergerak. Situasi ini terjadi kerana ketika itu mereka merasa seperti terbuai-buai. Namun sekiranya anda berada dalam keadaan santai, janin akan bertindak sebaliknya.

Oleh itu, apa kata ambil pendekatan relaksasi dengan berbaring mengiring atau telentang sambil membelai perut. Malam hari adalah waktu yang paling sesuai kerana pada ketika itu janin akan bergerak aktif kesan daripada pengaruh hormon.

2. Minum & Makan

Tahukah anda makanan atau minuman boleh mengubah mood si manja? Ini kerana secara normalnya selepas makan dan minum, janin akan bergerak memberi respon tanda gembira dan selesa

3. Ajak berkomunikasi

Mengajak bayi bercakap juga dapat merangsang gerakan. Aktiviti ini juga dapat merapatkan lagi hubungan antara ibu dan anak.

4. Minuman manis dan sejuk

Jika anda minum air sejuk atau manis, ada kemungkinan janin akan merasakan perubahan suhu. Disebabkan itu, mereka akan bergerak sebagai tindak balas terhadap pengambilan minuman tersebut.

5. Menepuk perut

Tepuk pelan perut dan lihat reaksi si comel kerana dia akan menganggap anda mengajaknya bermain.

6. Dengar surah Al-Quran

Suara alunan ayat-ayat suci Al-Quran dapat membuat janin aktif.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

HWC Coffee lancar kempen ConnectKL, sasar perkukuh hubungan komuniti di Lembah Klang

Dalam dunia yang semakin pantas dan dipenuhi pelbagai tuntutan kehidupan, ramai rakyat Malaysia menghabiskan lebih banyak masa di hadapan...

More Articles Like This