Menjelang sambutan bulan Ramadan, Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel memperkenalkan Rasa Warisan Ramadan – The Taste of Heritage, sebuah pengalaman bufet berbuka puasa yang mengetengahkan keaslian dan kekayaan warisan masakan Melayu.
Antara tarikan utama Rasa Warisan Ramadan – The Taste of Heritage ialah sajian klasik Melayu yang diinspirasikan daripada resipi turun-temurun, disediakan dengan sentuhan moden tanpa menghilangkan keaslian rasa.
Tetamu boleh menikmati hidangan istimewa seperti Lobster Masak Lemak Cili Api, Rendang Tok, Daging Rusuk Panggang, serta pencuci mulut ikonik Santan Gula Melaka Cake yang membangkitkan nostalgia suasana berbuka ala kampung.
Ditawarkan sepanjang bulan Ramadan, bufet istimewa ini menyajikan pelbagai hidangan tradisional yang disusun rapi oleh pasukan kulinari dalaman hotel, sekali gus membawa tetamu menyelusuri perjalanan gastronomi yang meraikan kepelbagaian warisan kulinari Malaysia.

Bufet Ramadan ini ditawarkan pada harga RM189.00 bersih bagi dewasa dan RM94.50 bersih bagi kanak-kanak. Hidangan akan disajikan bermula hari kedua Ramadan hingga hari kedua terakhir Ramadan di Essence Restaurant.
Selain bufet di restoran, Sheraton Imperial Kuala Lumpur turut menawarkan Banquet Ramadan Buffet khas untuk syarikat dan organisasi yang merancang majlis berbuka puasa berskala besar.
Pakej bufet bankuet ini ditawarkan pada harga RM179.00 bersih seorang dengan minimum 100 orang tetamu, lengkap dengan kemudahan bilik fungsi yang luas.
Sepanjang bulan Ramadan, tetamu juga boleh menikmati hidangan sahur harian di Essence Restaurant yang disediakan bagi memenuhi keperluan tenaga di awal pagi. Selepas solat tarawih pula, set Moreh Tiffin istimewa disajikan di Pavilions Lounge dari jam 9 malam hingga 12 tengah malam, sesuai untuk dinikmati bersama dalam suasana santai.
Bagi menambah keselesaan, Sheraton Imperial Kuala Lumpur turut menyediakan pilihan menu bawa pulang yang boleh didapati di lobi hotel, membolehkan tetamu menikmati hidangan kegemaran Ramadan di rumah atau ketika dalam perjalanan.
Legasi Hospitaliti Ikonik
Dikenali sebagai “The Grand Dame of Kuala Lumpur”, Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel terus mengekalkan legasinya dalam mencipta hubungan bermakna melalui pengalaman menjamu selera dan perkhidmatan hospitality terbaik.
Inisiatif kulinari ini bukan sahaja menonjolkan kreativiti serta kepakaran barisan chef hotel, malah mencerminkan visi jenama Sheraton yang diperbaharui, iaitu “Where the World Connects with Kuala Lumpur.”
Untuk pertanyaan dan tempahan, orang ramai boleh menghubungi +603 2717 9900 bagi tempahan bilik atau +6012 337 9980 untuk tempahan menjamu selera.

