Vietnam tersenarai antara 30 negara paling berkuasa

Dari Penulis

VIETNAM kini muncul pemain utama di pentas dunia selepas tersenarai antara 30 negara paling berkuasa di dunia pada 2022 oleh US News dan World Report. 

Negara ini juga menerima penilaian yang tinggi dari segi “kuasa lembut”, lapor Agensi Berita Vietnam.

Dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melebihi AS$363 bilion dan populasi lebih 98.2 juta, Vietnam hanya ketinggalan selepas Singapura (kedudukan ke-26) dalam kalangan negara Asia Tenggara. 

Sementara itu, Indonesia dan Thailand masing-masing berada di kedudukan ke-33 dan ke-36.

Baca lagi: Piala AFF: Singapura pintas Malaysia selepas seri dengan Vietnam

US News dan World Report bagi negara paling berkuasa di dunia itu berdasarkan penilaian objektif dari segi ekonomi, politik antarabangsa dan kekuatan ketenteraan. 

Kedudukan itu sebahagian daripada laporan tahunan “Negara Terbaik Dunia” yang merangkumi 85 negara berdasarkan maklum balas 17,000 peserta.

Mengikut ranking tiga negara paling berkuasa di dunia pada tahun 2022 ialah Amerika Syarikat, China dan Rusia.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This