Joseph Kurup lepas jawatan Presiden PBRS

Dari Penulis

TAN Sri Joseph Kurup melepaskan jawatan presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) berkuat kuasa serta-merta dan bersara daripada politik.

Beliau digantikan anaknya, Datuk Arthur, 40, yang juga timbalan presiden PBRS merangkap Ahli Parlimen Pensiangan.

Joseph membuat pengumuman itu dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PBRS di Kota Kinabalu hari ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pemimpin dan ahli parti yang kekal setia serta konsisten berjuang bersama parti.

“AMT telah meluluskan usul untuk melantik Joseph sebagai pengerusi kehormat PBRS berkuat kuasa serta-merta,” kata Ketua Penerangan PBRS, Fredie Sua dalam kenyataan, lapor Free Malaysia Today.

Joseph menubuhkan PBRS pada Mac 1994, selepas berpisah daripada Parti Bersatu Sabah (PBS). Sejak itu, PBRS menjadi parti komponen Barisan Nasional.

Veteran politik berusia 78 tahun itu pernah memegang beberapa jawatan di peringkat negeri dan persekutuan sepanjang berkecimpung dalam dunia politik lebih empat dekad.

Antaranya, Joseph dilantik sebagai timbalan ketua menteri Sabah dari 1986 hingga 1990 dan 1994 hingga 1999, selain menteri di Jabatan Perdana Menteri antara 2013 hingga 2018.

Beliau tidak bertanding pada pilihan raya umum 2018 untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pensiangan, sebaliknya memberi laluan kepada Arthur menjadi calon.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This