Mahasiswa ucap terima kasih kepada pencuri selepas motosikalnya dicat baru

Dari Penulis

SEORANG mahasiswa tidak menyangka motosikal miliknya yang dilaporkan hilang di Surabaya, Jawa Timur, ditemui kembali dalam keadaan lebih baik dan mantap.

Memetik laporan Kompas.com, mangsa yang dikenali sebagai Thoriq Alatas, menerima kembali motosikalnya di Balai Polis Surabaya selepas pencuri berjaya ditangkap pada 28 Disember lalu bersama-sama motosikal miliknya.

Malah, mangsa yang juga pelajar Teknologi Sepuluh November Surabaya (ITS) sempat berterima kasih kepada pencuri yang telah membaiki motosikalnya.

“Terima kasih kepada pencuri yang telah mengubah suai serta mengecat semula motor saya.

“Terima kasih juga kepada polis yang menemui motosikal saya,” katanya.

Baca : Lelaki ‘puas’ lepas campak motosikal ke dalam tali air

Sementara itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Surabaya, Asisten Komisioner Mirza Maulana berkata, pihaknya berjaya memulangkan motosikal kepada pemilik selepas berjaya menangkap pencuri yang dikenali sebagai MJR.

“Berdasarkan tujuh laporan yang dibuat orang awam, polis berjaya menahan suspek dalang kes kecurian,” ujarnya.

Tambah Mirza, suspek juga pernah mempunyai rekod dalam mencuri komputer riba dan telefon bimbit.

Suspek dipercayai menyasarkan perumahan berhampiran kampus ITS dan semakan mendapati suspek baru keluar dari penjara tiga bulan lalu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sistem eQuota wajib mulai hari ini, majikan tak perlu lagi ke Putrajaya – Ramanan

SEMUA permohonan kuota pekerja asing kini diwajibkan dibuat secara dalam talian menerusi modul eQuota dalam Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja...

More Articles Like This