Peniaga rugi RM300,000 ditipu tawaran pelaburan visa pekerja

Dari Penulis

Seorang peniaga mengalami kerugian RM300,000 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran pelaburan melibatkan visa pelancong dan pekerja asing oleh seorang lelaki tempatan, April tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata mangsa yang berniaga dalam sektor pertanian berusia 33 tahun itu mengenali lelaki berkenaan melalui ahli keluarganya sebelum terperdaya dengan tawaran keuntungan RM6,000 bagi setiap visa yang dilaburkan.

Beliau berkata mangsa telah menyerahkan wang RM300,000 untuk 50 permohonan visa pekerja asing kepada suspek dan satu pasport bagi permohonan visa pekerja.

“Suspek kemudiannya menyerahkan surat pengesahan penerimaan permohonan daripada Jabatan Imigresen kepada mangsa dan hasil semakan mendapati surat tersebut palsu.

“Mangsa membuat laporan polis pada Julai tahun lepas selepas lelaki berkenaan gagal dihubungi serta menghilangkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan kejadian itu, sepasang kekasih berusia 33 dan 43 tahun yang disyaki terbabit dengan kes  penipuan tersebut ditahan polis dalam serbuan di dua unit kondominium di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, Rabu lepas.

Mohd Fakhrudin berkata pihaknya turut merampas tiga unit telefon bimbit pelbagai jenama, lima kad pengeluaran wang automatik (ATM) dan masing-masing satu pasport dan kad nama.

Menurutnya, siasatan mendapati pasangan tersebut aktif melakukan jenayah penipuan sejak April tahun lepas dan lelaki tempatan itu ditahan reman tiga hari sehingga esok (14 Jan) manakala wanita warga asing yang juga pendatang tanpa izin direman selama 14 hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

— BERNAMA

Friday , 13 January 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This