Pemilihan UMNO: Ada usul maju 2 jawatan utama tidak dicabar, keputusan diketahui esok

Dari Penulis

KETUA Penerangan UMNO, Isham Jalil mengesahkan terdapat usul supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang.

Isham berkata usul tersebut dibawa oleh perwakilan dari Negeri Sembilan dan disokong oleh perwakilan Terengganu, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Wanita.

“Namun, ia (usul) masih dibahaskan dan keputusan untuk ia diluluskan diketahui esok,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata usul berkenaan merupakan usul tambahan daripada tujuh usul yang dibahaskan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022, hari ini.

Menjawab soalan mengenai alasan sesi perbahasan tidak disiarkan secara langsung seperti kelaziman seperti sebelum ini, Isham berkata persidangan kali ini amat kritikal buat parti dan memerlukan perbincangan hati ke hati.

BERITA BERKAITAN Tajuddin tolak keputusan MKT UMNO kekal gantung keahliannya, tuduhan tanpa bukti

“Kalau perbincangan disiarkan secara langsung, ia akan menyebabkan keadaan tersekat-sekat. Bagaimanapun perkara ini bukanlah selama-lamanya dan tidak termaktub dalam Perlembagaan parti,” katanya.

Menyentuh mengenai tarikh pemilihan, Isham berkata ia belum ditentukan tetapi ia perlu dilaksanakan sebelum 19 Mei tahun ini iaitu enam bulan selepas tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sebelum ini, seramai 140 Ketua UMNO Bahagian menyatakan solidariti agar dua jawatan utama parti tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

— BERNAMA 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PDRM siasat video tular polis bantuan tendang kepala pembantu kedai

TINDAKAN seorang polis bantuan menendang kepala pembantu kedai kerana menyangka mangsa pencuri mengundang padah apabila kes itu kini disiasat...

More Articles Like This